13 December 2011

Memasukkan Perkataan Pada Gambar



langkah pertama,buat satu file baru atau sediakan gambar yang ingin ditulis dengan perkataan...


selepas itu, pilih alat "Horizontal Type Tools" atau tekan butang T pada papan kekunci anda.


kemudian buat satu kotak (bahagian ingin ditulis dengan perkataan) dalam gambar tersebut.(lihat rajah dibawah)


sekarang,taip apa saja perkataan di dalam kotak yang telah dibina sebentar tadi.


INGAT! ayat yang ditaip hanya terpapar dalam kotak sahaja,sebahagian ayat akan hilang jika ayat terlalu panjang.


selepas perkataan telah siap di taip dalam kotak, sekarang masa untuk cantikkan perkataan tersebut dengan kreativiti anda sendiri.


KOTAK MERAH

-menukar warna perkataan yang anda telah masukkan.Satu kotak plihan warna akan keluar.(rujuk rajah di bawah)


KOTAK BIRU MUDA

-susun ayat anda dengan tiga bentuk perenggan,iaitu secara menjajar sebelah kiri, menjajar bahagian tengah dan menjajar sebelah kanan.

KOTAK BIRU TUA

-menambah ketebalan huruf seperti bold dalam empat peringkat iaitu strong,sharp,crisp dan smooth.

KOTAK HIJAU

-saiz font.

KOTAK HITAM

-bentuk font,seperti bold,italic,bold italic dan black.

KOTAK OREN

-jenis font yang digunakan Arial,comic sans MS,Times New Roman etc.

KOTAK UNGU

-menukar arah bacaan ayat secara menegak (rujuk rajah di bawah)


Setelah selesai segala pengeditan,klik tanda "correct "di hujung windows.


save/save as gambar dengan format yang sesuai png,jpg,gif etc.

2 comments:

  1. bagusnya ni blog, awak follow ya.
    follow aku juga ya}

    www.fahmi-kun.co.cc

    oh ya, saya nak tanya.. tiap mau masukan perkataan.. perkataannya tak nampak, walau warna fontnya sama ukuran sudah sama-sama diubah.
    cemana tuh?

    ReplyDelete
  2. oh ya, punya saya CS 5 extended

    ReplyDelete

JANGAN MALU BERTANYA JIKA ADA MASALAH..SILA KOMEN DI BAWAH