20 April 2012

Tetapan Workspace/Interface Photoshop


Apabila korang buka Photoshop, ia akan load, start, dan memaparkan ruang kerja korang. Ruang kerja (Workspace) yang terdiri daripada beberapa komponen yang akan gunakan untuk memulakan sesuatu kerja grafik.Secara umumnya, terdapat empat komponen di tempat kerja yang akan korang gunakan semasa design grafik atau mengedit. Antara alatnya seperti berikut:

-Menu Bar
-Drawing Canvas
-Toolbox
-Palettes.


Bahagian Palettes memainkan peranan penting,dalam tutorial blog ini banyak menggunakan bahagian tersebut.Korang perlu setting terlebih dahulu supaya proses tutorial tidak keliru untuk ikut step by step yang dia ajar.Selalunya, interface/workspace default tidak diberi mengikut yang di kehendaki atau mungkin juga tiada Palettes (kotak merah gambar di bawah).


1) First, pergi ke WINDOW > WORKSPACE > ESSENTIALS (DEFAULT)


2) WINDOW > NAVIGATOR


3) WINDOW > LAYERS


4) WINDOWS > CHANNELS


Navigator-Memudahkan korang untuk melihat keseluruhan hasil kerja
Layers-Bahagian paling penting untuk pengguna layer.
Channels-channel warna sesuatu grafik.



14 April 2012

Putihkan gigi yang kuning [Digital Makeup]


Ketika snap gambar,anda tak perasaan senyuman pada wajah anda ada sesuatu yang tidak kena.Tetapi apabila dilihat semula gambar tersebut,ohhhh!..gigi ku kuning,biru,merah korang mungkin terlupa nak gosok gigi.Tapi tak apa, setiap masalah ada penyelesaiannya.Tutorial ini khas untuk korang memutihkan gigi yang kuning..lets start with the first!..

1) FILE > OPEN (CTRL+O) > Pilih gambar anda..

2) Klik pada Quick Selection Tools (w)


3) Pastikan Add To Selection di pilih dan Auto-Enhance di tanda.


4) Mulakan selection dengan klik pada gigi yang kuning sebagaimana dalam gambar di bawah.


5) setelah selesai membuat selection,sekarang klik Refine Edge.


6) Ikut seperti setting dibawah. 

*jika anda menggunakan versi photoshop lain etc cs3,cs4 kemungkinan sususan tersebut berbeza,ikut saja setting contrast,smooth,feather seperti di bawah


7) seterusnya, klik IMAGE > ADJUSTMENTS > HUE/SATURATION (CTRL+U)


8) Klik dan drag slider untuk saturation secara perlahan-perlahan sehingga kuning gigi hilang. begitu juga pada lightness.korang boleh juga ikut seperti setting dibawah.


9) Kemudian, tukar kepada master.


10) Siap!..gigi korang dah putih...jangan malu2 nak letak gambar di facebook.save gambar korang.FILE > SAVE (CTRL+S)

13 April 2012

Crop Mengikut Bentuk Yang Diperlukan [Photoshop]


Tutorial sebelum ini Cara Crop Gambar untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan dengan bentuk tetap iaitu segi empat, tetapi tutorial kali ini sedikit berbeza,kerana kita hanya crop bahagian atau bentuk yang kita perlu sahaja dengan teknik selection dan lasso tools.

1) FILE>OPEN (CTRL+O)> pilih gambar anda yang nak di crop..

2) Pilih Polygonal Lasso Tools (L)




3) klik dari satu point ke satu point yang lain, anda akan terlihat satu garisan (contoh seperti ingin bentuk angry bird tersebut)


4) Lakukan step 3 diatas sehingga garisan tersebut bertemu pada point yang anda mula tadi.

5) jika sudah mendapat garisan bersambung (bentuk anda inginkan) tadi, ia akan menjadi garisan putus2 (rujuk gambar di bawah)


6) Sekarang, EDIT>COPY (CTRL+C)

7) buat gambar lain atau open gambar yang lain dan pastekan pada gambar tersebut EDIT>PASTE (CTRL+V)



17 December 2011

[Video] Membuat Latar Belakang (Background) bertekstur


Tutorial kali ni..lecture cikgu nak ajar cara membuat background yang bertekstur dan simple..tak susah, boleh dilakukan dalam masa beberapa minit dan step by step yang perlu ikut dalam video dibawah.






Di bawah adalah contoh background yang telah siap dan bersama model pujaan ramai..









14 December 2011

Membuat Gambar Menjadi Hitam Dan Putih




1) First,macam biasa buka imej baru yang ingin di black white kan FILE>OPEN (CTRL+O) pilih gambar.


2) Lihat pada kotak "Layers" dan klik pada simbol berbentuk bulat hitam dan putih (Adjustment Layer)


ATAU

 klik pada tab windows IMAGES>ADJUSTMENTS>BLACK AND WHITE (ALT+SHIFT+CTRL+B).



3) sekarang gambar sudah bertukar warna hitam dan putih klik OK!.

4) Jika anda mahukan sebahagian gambar berwarna, langkah seterusnya dengan menggunakkan "brush tools" atau tekan B pada keyboard untuk memadam bahagian hitam dan putih yang tidak diperlu.

5) Pilih saiz brush yang sesuai 30px atau kurang.(rujuk rajah di bawah)



6) klik sedikit demi sedikit pada gambar sehingga kelihatan warna.

13 December 2011

Memasukkan Perkataan Pada Gambar



langkah pertama,buat satu file baru atau sediakan gambar yang ingin ditulis dengan perkataan...


selepas itu, pilih alat "Horizontal Type Tools" atau tekan butang T pada papan kekunci anda.


kemudian buat satu kotak (bahagian ingin ditulis dengan perkataan) dalam gambar tersebut.(lihat rajah dibawah)


sekarang,taip apa saja perkataan di dalam kotak yang telah dibina sebentar tadi.


INGAT! ayat yang ditaip hanya terpapar dalam kotak sahaja,sebahagian ayat akan hilang jika ayat terlalu panjang.


selepas perkataan telah siap di taip dalam kotak, sekarang masa untuk cantikkan perkataan tersebut dengan kreativiti anda sendiri.


KOTAK MERAH

-menukar warna perkataan yang anda telah masukkan.Satu kotak plihan warna akan keluar.(rujuk rajah di bawah)


KOTAK BIRU MUDA

-susun ayat anda dengan tiga bentuk perenggan,iaitu secara menjajar sebelah kiri, menjajar bahagian tengah dan menjajar sebelah kanan.

KOTAK BIRU TUA

-menambah ketebalan huruf seperti bold dalam empat peringkat iaitu strong,sharp,crisp dan smooth.

KOTAK HIJAU

-saiz font.

KOTAK HITAM

-bentuk font,seperti bold,italic,bold italic dan black.

KOTAK OREN

-jenis font yang digunakan Arial,comic sans MS,Times New Roman etc.

KOTAK UNGU

-menukar arah bacaan ayat secara menegak (rujuk rajah di bawah)


Setelah selesai segala pengeditan,klik tanda "correct "di hujung windows.


save/save as gambar dengan format yang sesuai png,jpg,gif etc.

03 December 2011

Membuat Dokumen/gambar Baru



Cara membuat dokumen baru dengan memilih Fail> New(Ctrl-N atau Command-N untuk pengguna Mac). Kotak dialog baru akan muncul,di mana anda boleh menentukan saiz dokumen dan setting yang lain, seperti gambar di atas.


Widht: Lebar gambar ingin dibuat 


Height: Tinggi gambar ingin dibuat


*gunakan 'pixels' sebagai ukuran standard untuk gambar


Background contents: warna/jenis background untuk gambar baru yang ingin  dicipta.










Opening Files (membuka gambar sedia ada)

Membuka fail dengan memilih Fail> Open (Ctrl-O atau Command-O pada Mac). klik pada fail yang anda pilih dalam kotak dialog fail tersebut.



Saving Files (Menyimpan Gambar)


Simpan fail dengan memilih Fail> Save, atau tekan Ctrl-S(Command-S pada Mac) pada keyboard. Bagi dokumen yang baru dicipta, ini akan menyimpan kerja anda dalam format Photoshop Document (PSD). Jika anda mahu menyimpan salinan dokumen itu, anda boleh menggunakan File> Save As atau menekan Ctrl-Shift-S (Command-Shift-S pada Mac)


Menyimpan Fail Untuk Web


Fail Photoshop (PSD) tidak sesuai untuk penggunaan dalam laman web. Kita perlu menukar format fail tersebut dan menyimpannya dalam format web yang lebih sesuai. Terdapat tiga format grafik web iaitu GIF, JPEG, dan PNG.


GIF


Format GIF mempunyai maksimum 256 warna. Fail GIF boleh berfungsi dalam bentuk animasi, dan  grafik yang mempunyai kawasan-kawasan yang sama warna.


JPEG


Format JPEG (disebut "jay-peg"), kerja yang sesuai imej-imej fotografi yang mempunyai lebih daripada 256 warna dan campuran warna, seperti banyak jenis bunga di dalam taman. Imej-imej yang disimpan dalam format JPEG dimampatkan, menyebabkan kualiti imej menjadi rendah.


PNG


Format PNG (disebut "ping") adalah sama seperti format GIF kerana ia menyokong latar belakang Transparent, ia yang lebih baik kepada format GIF kerana keupayaan untuk menyokong tahap transparent yang sebenar bagi kawasan berwarna.Walau bagaimanapun, ia sering digunakan dalam perisian Macromedia Flash. PNG boleh menghasilkan kualiti imej yang lebih baik pada saiz fail yang lebih kecil daripada GIF..

Tutorial Asas Photoshop

"Adobe Photoshop" adalah perisian imej digital yang serba boleh dalam pengeditan / penciptaan grafik. Tutorial kali ini, untuk 


beginner seperti anda untuk belajar asas pengeditan seperti cropping(memangkas) dan resize(mengubah saiz) imej, untuk menguasai sepenuhnya menggunakkan fungsi alat di photoshop ini, memakan masa yang lama untuk.


Jika anda berminat untuk mengasah kemahiran Photoshop,entri ini adalah untuk anda. Dalam artikel ini, anda akan belajar beberapa asas tutorial untuk beginner menyentuh perisian Photoshop, buat kali pertama...


baiklah,kita mulakan secara umum tentang photoshop ni...




1. Toolbox-mengikut default setting, toolbox duduk di sebelah kiri window Photoshop anda, dan mengandungi pintasan ke alat photoshop,disini lah kita sering menggunakan pelbagai jenis alat untuk sesuatu projek grafik.Jenis alat ini terbahagi kepada 4.


2. Document windows-Setiap dokumen yang terbuka mempunyai window dokumen masing-masing,misalnya anda membuka dua(atau lebih) gambar serentak di atas terdapat tab untuk anda memilih gambar mana yang ingin dipaparkan.Status bar berada di sebelah kanan, peratusan zoom yang dipaparkan berada di sudut bawah sebelah kiri, dan memaparkan maklumat yang khusus kepada dokumen itu.


3. Palettes-Individu "anak tetingkap" yang memaparkan maklumat atau pilihan untuk bekerja dengan fail anda, yang dikenali sebagai palet (atau panel), berada di sebelah kanan. Setiap palet dilabelkan dengan tab, dan boleh dikurangkan, ditutup. Dalam contoh yang mudah, palet Navigator menunjukkan thumbnail imej yang membolehkan anda untuk zoom in atau zoom out, dan melihat hasil kerja anda dengan lebih mudah seperti imej yang dipaparkan pada Document windows.


4. Layers-Lapisan adalah ciri-ciri penting  Photoshop yang membolehkan anda menghasilkan grafik di satu bahagian imej.Fungsi layers ini adalah paling penting dalam mengedit gambar.Walaupun konsep lapisan ini  kelihatan susah dan rumit pada mulanya, apabila anda biasa menggunakan lapisan ini, anda akan mahir dan berasa mudah menggunakkannya. Contoh pada halaman seterusnya menunjukkan bagaimana lapisan dalam dokumen Photoshop berlapis bersama-sama.Bahagian telus lapisan mana-mana, seperti yang ditunjukkan oleh grid imej berkotak-kotak, membenarkan lapisan di bawahnya beberapa lapisan yang menunjukkan melalui.Anda boleh menunjukkan dan menyembunyikan setiap lapisan dalam imej dengan klik pada ikon mata sama dalam palet Layers, seperti yang ditunjukkan di bahagian bawah halaman berikut.




Itu sahaja untuk tutorial kali ini..tajuk entri akan datang ialah memahami fungsi alatan photoshop..